Ahad, 22 Mac 2020

Pengenalan Diri

Salam Warahmah dan Salam Sejahtera... Salam Perkenalan

 Nama Saya Coach Dr Kamarul, seorang graduan Perubatan MBBS IUA KRT. Saya merupakan Pengarah Wellness Solution dan Pemilik Raudhah Wellness Centre Shah Alam.Saya sudah menjadi Bos Sendiri Semenjak 2010 dan Menghadiri Seminar dan Conference Perubatan Antarabangsa, Fokus kepada Preventive Medicine (Perubatan Pencegahan)

Sudah Berumah Tangga Bersama Isteri Tercinta Siti Aisyah Patthi, Seorang Graduan Kejuruteraan Elektrik Universiti Bristol dan Mantan Jurutera Syarikat Minyak Terkemuka.

 

Kami memiliki 2 orang cahaya Mata setakat ini, Abang Long Riduan dan Baby Atief, Banyak masa Bekerja dari Rumah, memiliki Perniagaan di 7 Negara dan Suka Melancong dan Mengembara sambil menikmati keindahan dan kebesaran Alam Ciptaan Allah.

Anda Kurus tapi Perut Buncit? Makan kurang tetapi berat badan naik mendadak? Tertekan dengan berat badan yang tidak terkawal dan nafsu makan yang membuak buak? Sudah Bosan dengan Kegagalan Diet Sebelum ini?


Mungkin Kisah Saya boleh memberikan Inspirasi kepada Anda untuk BERUBAH



Sebelum ini saya cepat letih, jalan kurang bertenaga, dan obese 125kg Alhamdulillah Selepas mengamalkan nutrisi ini saya bertambah sihat dan ceria, bonusnya saya berjaya TURUN 50kg lemak menggunakan program Herbalife  (Hasil Tidak Tipikal)

Sebelum diperkenalkan dengan Herbalife, Saya memang suka sangat makan dan ketagih Nasi Berpingan pinggan, Junk Food dan Dessert, Burger Jumbo dah jadi seperti kemestian.Saya tahu ia amat tidak Sihat dan saya mencari solusi yang terbaik bagi medapatkan Hasil yang diinginkan TANPA UBAT UBATAN, SUNTIKAN atau CRASH DIET

Alhamdulillah SEGALANYA berubah selepas saya bertemu Coach saya Puan Aishah Harun, saya bermula Program Gaya Hidup Sihat dan Berjaya TURUNKAN berat Badan saya 50 kg!

Perjalanan bagi mendapatkan Hasil ini memerlukan keazaman yang kuat, saya amat bersyukur kerana konsep ini kita ada COACH yang akan membantu kita memberikan semangat dan jalan terbaik untuk kita berjaya, walaupun saya merupakan seorang Doktor Perubatan, saya tetap OBES kerana Gaya Hidup tidak Sihat.

Sebagai panduan boleh baca kisah sebelum herbalife sebagai inspirasi = klik disini






Isteri Saya, Puan Siti Aisyah juga mengamalkan Herbalife dan Gaya Hidup Sihat, Alhamdulillah Berjaya Turun 19kg dan rasa ceria gembira setiap hari (Hasil Tidak tipikal)

Kami berdua adalah Jurulatih yang membantu masyarakat kita yang memerlukan coaching Turun Berat Badan, Naik Berat Badan dan Nutrisi Luaran.

Kami Bukan Jurujual Herbalife, beza juru jual adalah individu yang hanya menjual produk tanpa menggunakan produk itu sendiri, kami melatih pelanggan kami mendapatkan hasil yang diingini bersama panduan penggunaan, ilmu yang diperlukan dan perkhidmatan sokongan.

Berapa Harga Herbalife? Saya akan nasihatkan harga bergantung kepada Budget makanan harian anda dan juga berdasarkan target penurunan yang diinginkan.Kami ada Program yang sesuai untuk pelajar, Suri Rumah yang sibuk, Pekerja dan juga Para Pesara.

Selepas mendapat peluang menjadi sihat, saya membuat keputusan untuk meneruskan misi nutrisi dengan membantu ramai menjadi Sihat Ceria dan Gembira Setiap Hari.





 Setiap hari Misi Kami ingin membantu masyarakat Malaysia melalui Kelab Nutrisi dan Juga Wellness Centre Kami, Kami ada Fit Challenge, Weight Loss Challenge, Online Coaching dan Juga Health Talk bagi memudahkan Customer Baru kami mendapat coaching terbaik dari kami


Anda SERIUS Berubah?

Isi borang disini atau hubungi Dr Kamarul

 0162090812 (Whatsapp / Call)



Fi Riayatillah
Dr Kamarul

Isnin, 1 Januari 2018

Tips Mengelakkan Diet Kelaut Semasa Hujung Minggu dan Cuti Sekolah

Salam Warahmah, semoga Sihat dan Ceria Sentiasa

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan panduan kepada semua bagaimana untuk konsisten dalam mengamalkan gayahidup sihat dan bagaimana menangani Cabaran "Diet Kelaut" masa family gathering, anak anak cuti sekolah , cuti hujung minggu yang panjang.

1. Impian Besar, Badan Kecil 




Paling penting MESTI ada Impian untuk Sihat, Langsing, Kurus atau Fit.Cuba tanya pada diri kita apa sebab utama untuk kita berubah? Sudah bosan jadi Gemuk, dah lah gemuk gedempol pulak, dah lah gemuk gedempol malas dan asyik letih pulak.Cari 1000 Sebab untuk berubah dan kurangkan ALASAN.Sampai bila ingin di takuk lama.

2. Cari Mentor yang berpengalaman dan terbukti berjaya



Isnin, 11 Disember 2017

Siap Sedia untuk Kurus 2018

Salam Warahmah, Syukur sangat kita masih lagi ada peluang untuk berubah pada hari ini.
Kita perlu berusaha untuk tingkatkan kesihatan kita bagi menjalani kehidupan harian kita, time cuti sekolah dan musim perayaan kita perlu sihat barulah boleh fokus pada ahli keluarga tercinta.

SIAP SEDIA UNTUK KURUS 2018?

Saya nak share 9 Perkara Penting untuk Kurus 2018.

1) SEDAR

Kesedaran atau awareness sangat penting untuk kita ada sebelum mulakan perjalanan untuk kita berubah, sebabnya ini paling penting, kalau kita tak sedar memanglah berat badan kita akan naik mendadak dadak!. Kesedaraan ini ada banyak caranya, ada yang SEDAR selepas menderita seperti Serik asyik sakit badan, atau dah MALU SANGAT dengan bentuk badan sendiri.Ada juga sedar sebab bayangan kalau tidak berubah sekarang makin naik tahun makinlah susah dengan faktor kesihatan makin buruk dan keupayaan semakin terhad.

2) ILMU

Segala aturan dalam hidup ini perlukan ilmu yang bermanfaat, kalau nak kurus kenalah belajar dari mereka yang SUDAH BERJAYA, dan ILMU sangat BERNILAI.Contohnya ramai jer nak turun berat tapi salah cara, buat CRASH DIET, makan MELANTAK, dan TIDAK TAHU nak pilih makanan yang SEIMBANG. Apabila kita dalam kegelapan, ILMU akan menberikan CAHAYA kepada kita.


3) AMALKAN

Selepas dapat Ilmu perkara PALING WAJIB mestilah kita amalkan, barulah MENJADI KENYATAAN Impian kita.Ramai yang hanya mencari Info sihat tetapi tidak amalkan, jangan harap kita nak dapat hasil terbaik.Amalan ini perlu berterusan supaya hasil pun berterusan.

4) PANTAU

Pemantauan COACH atau JURULATIH sangat PENTING sebab kalau kita buat SORANG- SORANG kita susah nak buat penilaian, sebab COACH bagaikan GURU yang akan MENDIDIK, MENASIHATI dan MENEGUR  kita supaya kita SENTIASA di JALAN YANG LURUS lagi KURUS.

5) SEMANGAT

Apabila kita SUDAH SEDIA, barulah SEMANGAT itu akan MEMBARA!. Kita akan LALUI PERJALANAN dan CABARAN dengan lebih teratur dan menjadi kekuatan BESAR kepada diri kita untuk BERUBAH SENTIASA.

6) EMOSI

Kita WAJIB mencari KENAPA KITA PERLU BERUBAH? Sebab kalau kita ada BIG WHY barulah kita mudah untuk CAPAI IMPIAN kita, Kita cari Nilai EMOSI yang positif, seperti contohnya SUDAH SERIK diejek, SUDAH BOSAN GEMUK, SUDAH MENYAMPAH Tidak ada Saiz Baju.

7) DEDIKASI

Kekuatan dan Ilmu yang ada kita perlukan dedikasi, sebabnya ia akan membantu kita lebih FOKUS dan mengelakkan impian kita DICURI dan GAGAL.

8) ISTIQAMAH

Amalan yang BERTERUSAN akan mendekatkan kepada IMPIAN KITA, ada kalanya kita tidak turun walaupun 100 gm pun, tapi sebab kita konsisten kita akan dapat juga hasilnya.Sebab ada kalanya kita sedang turun saiz, sebab itu tidak turun berat!.

9) AMANAH

Apabila melakukan proses ini kita perlu JUJUR kepada DIRI SENDIRI, perubahan ada di TANGAN KITA, kita perlu amanah dan ikhlas, TIPU yang paling TERUK adalah menipu diri SENDIRI, Kita jaga tubuh badan kita sebab ia adalah amanah paling besar kepada kita.

Sabtu, 1 Julai 2017

7 Tips Bakar Lemak Selepas Raya






1. Mulakan Sekarang


Ramai yang nak tunggu lepas cuti seminggu raya baru nak bermula, ada yang nak tangguh sampai habis 30 Syawal baru nak start, ingat makin lama kita tangguh makin menebal lemak kita, makin berat mata memandang berat lagi badan yang dipikul lemaknya.Kalau impian nak kurus sebelum 2018 kita ada lagi 6 Bulan lagi jadi sangat sempat untuk dapat hasil dari sekarang.






2. Timbang Berat Badan kita


Perkara ini yang ramai TAKUT dan MALU lakukan, sebab ingin lari dari realiti bahawa badan dah makin tembam, baju dah makin ketat sebab itu nak lari dari pemantauan penimbangan.Sebenarnya jangan kita takut dengan timbang, sebab apa yang penting bila kita bermula pantau badan kita akan kita jaga dengan lebih baik, tidaklah asyik belasah dengan beribu ribu kalori time raya sahaja.Timbang paling bagus dibuat waktu pagi dan juga seminggu sekali sudah cukup, sabar sebab kita baru bermula nak cairkan lemak.






3. Wajib Buat Regangan


Bayangkan badan kita dah lama sangat tidak bersenam, ada yang sebulan, ada yang berbulan bulan dan ada yang last bersenam tahun lepas pun ada, jadi sangatlah penting regangan ini, setiap kali nak mula bersenam sebab nak elakkan kecederaan, semangat kita dah tinggi tiba tiba injured pulak.










4. Boleh mula dengan Senam Kardio Dahulu


Kita boleh pilih senaman seperti berjalan kaki, berlari, kalau minat aerobic pun bagus, atau kalau suka berzumba pun best juga, berenang pun salah satu senaman yang sangat bagus untuk yang dah lama tak bersenam.Apabila badan dah rasa ok sedikit bolehlah nak buat senaman strength seperti di Gym, mendaki bukit dan Tabata.






5. Permainan Sukan Pun Bagus juga


Kalau nak lagi best boleh join permainan sukan seperti Futsal ker, Badminton ker, Bowling ker bersama member member.Sambil kita bersukan bakar lemak bolehlah kita happy happy dengan kawan kawan kita






6. Cari Coach yang berpengalaman


Kalau kita jenis yang sangat mudah lalai, ataupun yang jenis cepat putus asa bagus join mana mana senaman yang ada jurulatih sekali, ada yang buat personal training, ada yang sertai martial arts, senam robik bersama coach dan boleh join bootcamp dan fit challenge, jurulatih ini akan bantu kita lebih fokus dan paling penting juga senaman yang kita lakukan dengan teknik yang betul dan selamat.






7. Jaga Pemakanan Juga


Senaman tahap gaban pun kalau melantak tahap dinasor tak akan jadi hasilnya! Ingat kalau kita berjongging ker bersenam ker sampai keluar peluh biasanya boleh bakar 300 hingga 500 kalori, sangat rugilah kita lepas bersenam melantak pula sebab itu ramai yang bersenam makin gemuk, jaga juga pengambilan air kita setiap hari sebab peluh yang banyak akan kurangkan jumlah air dalam badan kita.

Sabtu, 17 Jun 2017

Kurus Waktu Ramadan Naik Mendadak Selepas Raya

Salam Warahmah, Apa khabar semua, semoga saat ini kita sama sama diberkati, diberikan kesihatan dan keceriaan, 10 malam terakhir ramadan ini kita mohon diampunkan dosa-dosa kita dan diberikan jalan terbaik untuk perjalanan kehidupan kita seterusnya.

Hari ini saya ingin kongsikan Kenapa ramai yang turun berat badan  pada bulan ramadan, dan susah nak kekalkan penurunan berat badan tersebut.

Pada bulan Ramadan kita mulakan ibadah berpuasa ini selama sebulan, kalau kita boleh jaga pengambilan Nutrisi dan Protein, kita akan kekalkan Jisim Otot kita sepanjang ramadan. Namun begitu ramai juga yang sukar mengambil zat secukupnya, kurang minum air sebab berpuasa di siang hari akhirnya kita kekurangan jisim otot kita, ya badan nampak mengecil tetapi sebenarnya kita kurus sebab otot mengecut.

Pengambilan Makan yang berlebihan semasa berbuka dan sahur juga menyebabkan badan tidak berupaya menjadi lebih sihat ketika kita berpuasa, tengoklah time di bazar ramadan ramai yang membazir wang ringgit dan juga kalori membeli juadah berbuka berlebih lebihan.




KENAPA RAMAI MENGALAMI BERAT NAIK MENDADAK SELEPAS RAYA?

Kita di Malaysia memang ada cabaran juadah raya yang berlarutan setiap hari selama hampir 30 hari! memang banyak open house sana sini, dari Pagi Syawal sampai kadang kala terlepas bulan syawal pun banyak acara makanan.Sebenarnya majlis tak ada masalah, cuma kita yang perlu ada  ILMU dan KAWAL pengambilan makanan Tinggi Kalori dan Lemak selama beraya.

Cara  Terbaik untuk mengawal keadaan ini seperti di bawah

1. Pilih makanan yang lebih seimbang, pastikan ada Protein, Serat dan Juga Karbohidrat Kompleks semasa menikmati Juadah

2. Makan Secara Tenang, perlahan lahan, sambil berborak beramah mesra dengan sahabat handai dan ahli keluarga

3. Elakkan minuman manis, minum air kosong atau ambil green tea

4. Pastikan Makan Nasi Campur waktu tengahari, supaya badan kita cukup kenyang dan cukup zat

5. Cari Coach dan Timbang Berat  Badan Setiap Minggu Sekali, jangan sampai dah Terlajak sudah

6. Amalkan Senaman 3 kali seminggu, kalau lepas raya boleh banyak berjalan kaki dan juga ajak ahli keluarga buat aktiviti Sukan Rakyat atau Aktiviti Fizikal seperti Mandi Laut, Badminton, Main Bola, atau kalau best Sukan Rakyat seperti Galah Panjang, Bowling Sabut Kelapa, Ting Ting dan Sebagainya

7. 80 Peratus jaga pemakan, 20 Peratus Senaman dan 100 peratus minda positif, insya Allah hasil akan jadi lebih baik.


Jumaat, 16 Disember 2016

Kenapa rasa mengantuk sangat lepas makan




Kebiasaan kita selepas makan berat akan rasa sangat mengantuk terutamanya kalau kita makan besar waktu tengahari.Sebab itulah kalau Hari Jumaat ramai juga yang terlalu letih dan tertidur waktu Khatib berkhutbah!

Mesti kita rasa pelik kan, padahal tujuan utama kita makan adalah untuk dapat TENAGA tapi makin LETIH pulak kan.

Cuba kita tengok apa yang biasa kita makan.

Biasanya kalau sarapan pagi kita makan nasi lemak atau roti canai atau roti telur lepas itu ada minum pagi teh tarik dan kuih muih.Selepas itu waktu tengahari kita makan pulak nasi campur atau kalau jumaat ada juga makan nasi berwarna warni macam nasi beryani, nasi hujan panas dan nasi mandi manda hahaah.

Sebenarnya apabila  kita rasa terlalu letih sangat lepas  makan, ia disebabkan jumlah gula yang tinggi apabila kita makan makanan.Boleh rujuk kandungan Glycemic Index kalau nak tahu berapa kandungan gula. Badan kita perlukan tenaga tambahan untuk hadam gula gula ini dan menyebabkan kita akan mengantuk.



So kalau macam ini macammana nak makan? Kalau nak segar bugar kita perlukan makanan seimbang, kalau ambil nasi segeggam, kemudian boleh pilih sayur dan buah buahan.Pastikan Protein cukup juga.


Kita selalu makan makanan tinggi karbohidrat sebab itulah kita akan mengantuk sebenarnya.Saya  syorkan boleh cari karbohidrat yang tinggi serat sebab kandungan Glycemix Indexnya kurang banding yang biasa.Boleh  ambil nasi beras perang, atau roti wholewheat.Saya amalkan teamix  herbalife yang tinggi antioksidan untuk bakar lemak dan berikan tenaga selepas makan berat.Selepas  itu pastikan kita cukup minum air juga ya.

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat ini dan boleh kongsikan tips ini kepada ahli keluarga kita dan sahabat handai kita semoga mereka pun sama juga sihat dan ceria setiap hari.

Jumaat, 2 September 2016

Grill Chicken With Wild Black Rice


Salam Semua, hari ini saya ingin kongsikan menu sihat yang boleh di masak di rumah, biasanya masa cuti hujung minggu kita banyak makan gorengan, makanan proses dan juga banyak minum air manis, apa kata kita ubah kepada pemakanan lebih sihat, tinggi zat dan kalau terbaik elakkan berminyak dan msg.

Grill Chicken

Bahan Bahan =

250gm daging ayam ambil bahagian dada

2 sudu kecil kicap manis

Sedikit Lada Hitam

Sedikit Garam

Cara Penyediaan

 Perap Ayam bersama kicap, lada hitam dan garam, dalam 10 minit.Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib atau pan kuali yang tidak melekat.Bakar tanpa menggunakan minyak dan bakar sampai ayam masak, biasanya dalam 15minit- 20 minit.




Mashed Green Peas

Bahan Bahan=

Satu Tin Kacang Peas atau kalau terbaik dapatkan yang segar

Garam dan Lada Hitam

Cara Penyediaan

Rebus Kacang (kalau yang segar sahaja) kemudian selepas itu boleh lenyekkan menggunakan garfu dan taburkan sedikit garam dan lada hitam

Beras Hitam Boleh di beli di Supermarket, biasanya terletak di bahagian organik, jangan silap beri beras pulut sudah, yang terbaik Wild Organic Black Rice.

Telur Rebus ikut masa kalau inginkan tekstur yang lembut diluar dan dalam separuh masak, rebus dalam 2-3 minit sahaja.

 
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812