Selasa, 25 November 2008

Kenangan Ibadah Haji 2007


Musim Haji sudah hampir, ketika ini umat Islam yang mendapat jemputan Allah akan bersiap sedia menuju ke Tanah Suci.

Isnin, 24 November 2008

Bayar Satu, Dapat Dua



Bukan nak cerita pasal jual barang ker... nie terbaca berita dari reuters... mahkamah tinggi canada dah putuskan bahawa kepada mereka yang obese diberikan 2 seats tempat duduk dengan hanya perlu membayar harga satu seat sahaja... untuk penerbangan domestik kanada sahaja.. sebagai membantu golongan obese untuk menampung kos tiket mereka.

Sebenarnya langkah ini amat baik.. bukan menggalakkan obesiti tapi bagi memberikan keselesaan kepada semua penumpang.. termasuklah penumpang yang lain.. kadang kala sebab tempat yang sempit akan menyebabkan penumpang berjiran akan berasa tidak selesa lebih lebih lagi kalau duduk di tepi laluan dan juga dekat dengan toilet kapal terbang...

Ikut panduan IATA sekarang.. sesiapa yang obese memang perlu beli 2 seats, tapi kadang kala harga 2 seats tue lebih mahal banding beli satu seat business class discounted price... so kenalah buat kira kira dulu...

Maklumat berita tersebut boleh dibaca dibawah:


Obese have right to two airline seats

OTTAWA (Reuters) – Obese people have the right to two seats for the price of one on flights within Canada, the Supreme Court of Canada ruled on Thursday.
The high court declined to hear an appeal by Canadian airlines of a decision by the Canadian Transportation Agency that people who are "functionally disabled by obesity" deserve to have two seats for one fare.
The airlines had lost an appeal at the Federal Court of Appeal in May and had sought to launch a fresh appeal at the Supreme Court. The court's decision not to hear a new appeal means the one-person-one-fare policy stands.
The appeal had been launched by Air Canada, Air Canada Jazz and WestJet.
(Reporting by Randall Palmer)

Saba Consult Dinner, Putrajaya

Semalam dijemput ke Majlis Pra Ulang Tahun Syarikat Saba Consult, yang ditubuhkan pada 1984.Program tersebut juga meraikan kejayaan syarikat mendapat pengiktirafan iso dan penganugerahan darjah kebesaran kepada Pengarah Syarikat.




Function diadakan di Putrajaya International Convention Center, bangunan bentuk topi tue..


Malam tadi consider "Cuti Half Day Herbalife" sebab sarapan dan lunch tetap minum shake tue.Cuma malam jer dinner,yang banyak amik pun protein.. tak per sekali sekala holiday kan...

Caterer adalah Eden Catering, Menunya



1) Crispy Fried Crab Fritter
2) Daging Dendeng
3) Ayam Merah
4) Ikan dengan Kerabu Mangga
5) Udang Ala Korea
6) Fried Siew Pak Choy Oyster Sauce
7) Nasi Goreng
8) Creme Caramel

Tempat majlis tue memang cantik,betul betul dibawah topi tue...menu malam tue oklah.. yang penting ada kerabu mangga dan sayur sos tiram tue hehehe.. dalam bercuti nie pun kalau ada peluang amiklah makanan berfiber gak..

Sabtu, 22 November 2008

Aiskrim Goreng


Heheheh... Sementara dalam Musim Cuti Sekolah nie.. saja nak buat adik adik kat umah happy... so terpikir nak buat aiskrim goreng.. memang makanan nie famous di Pantai Batu Buruk,Terengganu.

Tapi entahlah resepi nie sama ker tak.. sebab try pakai roti untuk salut luarnya...

Jumaat, 21 November 2008

Senaman Mandi Manda



Cuti sekolah dah mula.. sekarang adalah masa untuk bawak adik adik berjalan jalan... hehehe.. tapi kena tunggu sorang yang tengah SPM.. kena bagi motivasi sikit..

Berenang @ sukan air memang bagus utk mereka nak tingkatkan kesihatan.. senam ini kategori aerobik.. bagus untuk jantung dan juga membina otot.. satu jam kalau berenang boleh habiskan 700kcal...

Minggu nie sempat ke Wet World Shah Alam.. hahaha belajar main air @ berendam..

Harga tiket RM 10 utk dewasa.. kanak kanak RM8

Seronok gak naik water coaster dia.. walaupun tak besar tapi yang bestnya tempat nie boleh pakai baju dan seluar panjang trek.. dan ramai yang datang pun tutup aurat.. tak cam tempat lain yang mesti pakai seluar mandi...

Cuma yang sedihnya.. time kami sampai sana huhuh hujan ler pulak lepas baru 45minit mandi manda...

Tak der rezeki kot.. sebab lepas hujan dah mula.. Pihak pengurusan wetworld kena tutup sebab mengelakkan bahaya hujan ribut...

Tak perlah.. lain kali boleh pergi..

Semalam dapat peluang lepas balik dari putrajaya.. ke umah mak saudara di KL... mandi di swimming pool apartmentnya.. best sebab TAK DER ORANG.... kolam kecik jer untuk penduduk condo jer.. tapi mungkin sebab mereka dah bosan kot tengok kolam.. so kosong jer.. kami apa lagi mandilah.. tapi time malam ler.. lepas Solat Maghrib sampai ker 8.30mlm..

Rabu, 12 November 2008

Sempena Hari Diabetes Sedunia (Part 1)



From Utusan Malaysia

KAWALAN diet pemakanan adalah satu keutamaan dalam mengawal diabetes dan mengelakkan komplikasi kelak.
SEMPENA Hari Diabetes Sedunia yang jatuh pada 14 November setiap tahun (untuk memperingati hari kelahiran Frederick Banting, bersama Charles Best yang telah membawa kepada penemuan insulin pada 1922), artikel ini akan tertumpu kepada dua jenis tumbuhan perubatan semula jadi, iaitu Kayu Manis dan Banaba, kedua-duanya telah didapati boleh mengawal takat gula darah yang tinggi.
Ketahanan terhadap Insulin, Pra-Diabetes dan Diabetes
Pra-diabetes dan diabetes jenis kedua biasanya bermula dengan kerentanan (rintangan) insulin. Penyelidik sedar diabetes tidak muncul begitu sahaja tanpa sebab.
Sebelum didiagnosis sebagai pesakit diabetes, anda mempunyai keadaan yang dikenali sebagai pra-diabetes.
Keadaan ini berlaku apabila takat gula darah anda lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap diabetes dan kebanyakan orang tidak menyedarinya.
Ia bukanlah satu berita baik kerana individu yang mengalami keadaan pra-diabetes bukan sahaja mempunyai risiko diabetes yang tinggi tapi pra-diabetes juga merupakan suatu risiko bagi serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan saraf.
Cara terbaik untuk melawan diabetes adalah pada peringkat pra-diabetes. Pemakanan yang sihat, senaman dan mengambil suplemen boleh mencegah atau melambatkan masa mulanya diabetes dan mengurangkan risiko komplikasi.
Takat gula darah (glukosa) dalam badan dikawal-atur oleh insulin, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan di dalam pankreas.
Insulin membantu dalam pengangkutan glukosa dari darah melalui membran sel dan masuk ke dalam sel-sel badan.
Selagi membran sel masih sensitif terhadap insulin, pengangkutan ulang-alik glukosa ke dalam sel berlaku dengan pantas.
Apabila membran sel menjadi tidak sensitif terhadap insulin (juga disebut kerentanan insulin), pankreas terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin dalam usahanya untuk memaksa glukosa ke dalam sel.
Apabila usaha tersebut tidak begitu berkesan, akibatnya adalah takat gula tinggi yang beredar dalam darah (dianggap sebagai salah satu daripada keadaan pra-diabetes) menjadi satu kebiasaan.
Lama kelamaan pankreas tidak lagi boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mengawal gula darah, dengan itu diabetes jenis kedua terjadi.
Pati kayu manis larut air yang dipiawaikan
Dr. Richard Anderson, ahli kimia di Jabatan Pertanian US (USDA), mencari makanan yang mungkin menyamai tindakan insulin dalam pengawalan takat gula darah (glukosa).
Beliau menemui sejenis kelas bahan larut air dalam Kayu Manis yang dikenali sebagai polimer Polifenol Jenis-A kerana keupayaannya untuk meningkatkan aktiviti insulin lebih kurang sebanyak 20 kali ganda.
Polimer Polifenol Jenis A pati Kayu Manis larut air adalah 70 peratus lebih berkesan daripada kayu manis asli itu sendiri dan ia mengelakkan kesan alahan sampingan berbahaya yang mungkin berlaku akibat pengambilan dos kulit Kayu Manis asli yang tinggi.
Sifat peningkatan insulin Kayu Manis akan mendatangkan faedah kepada individu yang mempunyai takat gula tinggi (pra-diabetes dan diabetes).
Pada bulan Jun 2006, kajian baru menunjukkan pengambilan suplemen pati Kayu Manis boleh membantu dalam peningkatan takat gula bagi individu yang mengalami diabetes jenis kedua.
Dalam kajian itu, 79 orang pesakit diabetes mengambil suplemen (pati kayu manis) tiga kali sehari. Selepas empat bulan, takat gula darah berpuasa mereka bertambah baik sebanyak 10.3 peratus.
Tambahan pula, pesakit diabetes dengan takat awal gula darah yang lebih tinggi memperoleh lebih banyak faedah melalui pengambilan suplemen ini.
Pati Kayu Manis larut air juga mempunyai sifat antioksidan yang sangat baik. Pada bulan Oktober 2006, suatu kajian berbeza, yang dikemukakan pada sidang Kolej Pemakanan Amerika ke-47, menunjukkan pati Kayu Manis larut air mungkin mendatangkan kesan perlindungan antioksidan dalam mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi.
Selain daripada itu, kajian ini menunjukkan pengawalan gula darah yang bertambah baik. Hasil kajian tersebut seterusnya menyokong peranan pati Kayu Manis dalam membantu individu yang mengalami gangguan fungsi insulin dan pra-diabetes.
Pati Banaba yang dipiawaikan
Beberapa jenis tumbuhan perubatan dari India, China dan Jepun telah digunakan untuk merawat diabetes.
Salah satu daripada bahan paling berkesan yang ditemui adalah asid korosolik pada daun pokok Banaba (Lagestroemic specious).
Dr. Yamazaki, profesor Sains Farmaseutikal, Fakulti Perubatan Universiti Hiroshima Jepun, telah mengkaji kesan-kesan asid korosolik berhubungan dengan sifat seakan insulinnya.
Kajian beliau menunjukkan asid korosolik mengaktifkan pengangkutan glukosa melintasi membran sel ke dalam sel menghasilkan penurunan gula darah.
Asid korosolik bertindak seperti insulin; hormon semula jadi yang meningkatkan aktiviti pengangkutan glukosa melintasi membran sel, oleh itu membantu pengurangan takat gula darah.
Kajian klinikal di Amerika Syarikat dan Jepun turut menunjukkan asid korosolik adalah selamat digunakan dan berkesan dalam penurunan takat gula darah bagi pra-diabetes dan diabetes jenis kedua.

Mengawal Gula Darah Dengan Pati Kayu Manis dan Banaba*

Secara berasingan, pati Kayu Manis dan Banaba menambah tahap sensitiviti insulin yang membantu dalam penurunan takat gula darah. Apabila kedua-duanya digabungkan, ianya adalah lebih berkesan.
Kebanyakan kaji selidik ke atas Kayu Manis melibatkan penggunaan pati larut air yang dipiawaikan untuk mengandungi Trimerik dan Polimer Tetramerik Jenis-A (polimer polifenol Jenis A) dan bagi Banaba, ia dipiawaikan untuk mengandungi satu peratus asid korosolik.
Jika anda mempunyai risiko pra-diabetes, sila berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah. Walaupun anda beranggapan tidak mempunyai risiko, pakar menasihatkan individu yang berusia lebih 35 tahun untuk memeriksa takat gula darah mereka setiap tahun.
Akan tetapi, jika anda tahu anda mempunyai pra-diabetes, anda masih boleh melengahkan masa diabetes bermula dan mengurangkan kerosakan kepada badan anda melalui perubahan pemakanan, bersenam dan juga mengambil suplemen seperti pati Kayu Manis & Banaba yang dipiawaikan.
Walaupun banyak faedah diperkatakan mengenai Kayu Manis dan Banaba, anda harus juga mengetahui kepentingan untuk mengambil suplemen multivitamin dan mineral yang baik yang telah diformulasikan khas bagi pesakit dan individu pra-diabetes demi untuk memelihara kesihatan optimum dan mencegah penyakit.
Contoh paling tepat adalah zat makanan utama yang diperlukan dalam kuantiti lebih tinggi oleh pesakit diabetes daripada kuantiti dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa.
Ini termasuk vitamin B1, B6,B12, Biotin, Niasinamid, Vitamin C, Vitamin E, Manganese, Vanadium, Zink, Kromium dan Selenium.
Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan sejagat yang boleh berfungsi dalam kawasan sel-sel berair dan berlemak.
*Makanan tambahan tersebut mesti diambil bersama dengan ubat-ubatan semasa dan tidak digunakan untuk menggantikan ubat-ubatan dan nasihat doktor.

Selasa, 11 November 2008

Kepentingan Air Kepada Tubuh Badan


Surah Al Anfal Ayat 11:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ
وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

Ahad, 9 November 2008

Solat dan kepentingan memelihara kesihatan


Ibadah menunaikan Solat adalah termaktub dalam Rukun Islam, dan Seruan untuk Solat adalah perlu dititikberatkan dan tiada alasan boleh diberikan untuk mengabaikan tanggung jawab ini.

Menjadi kewajipan kepada kita sebagai muslim supaya menjaga kesihatan tubuh dan badan kita, kerana dengan kesihatan tersebut kita boleh melakukan ibadah dengan lebih sempurna.

Solat tetap wajib sama ada kita Sihat Wal Afiat dan juga kepada yang uzur dan sakit.


Hadis Riwayat Al Bukhari :


"Solatlah dengan berdiri, jika tidak kuasa berdiri, Solatlah dengan duduk, jika tiada kuasa solat dengan berbaring, jika tiada kuasa juga solatlah dengan melentang."


Jelaslah bahawa kepentingan solat ini meliputi apa jua status kesihatan kita, oleh yang demikian menjadi tanggung jawab kepada kita bagi memelihara tubuh badan agar senatiasa mudah untuk beramal dan beribadah.Dalam keadaan kita yang uzur, usaha perlu dilakukan untuk menunaikan ibadah walaupun mungkin terdapat rintangan yang menjadi ujian kepada kita supaya lebih bersabar dan merapatkan diri kepada Allah.

Golongan dewasa gemuk sesuai dipanggil 'gedebok'


PUTRAJAYA 8 Nov. - Golongan dewasa yang mengalami masalah kegemukan atau obesiti lebih sesuai dipanggil 'Gemuk, Gebu dan Gedebok' berbanding 'Gemuk, Gebu dan Gempal', kata isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Beliau berkata, jolokan '3G' iaitu 'Gemuk, Gebu dan Gempal' lebih sesuai diberikan kepada golongan remaja dan kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.
"Untuk dewasa saya tukar gempal itu kepada gedebok, itu lebih sesuai," katanya ketika berucap merasmikan majlis Forum Obesiti di Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja di Dewan D'Seri Endon, bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.
Forum tersebut dianjurkan oleh Hospital Putrajaya bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak obes mengubah tabiat pemakanan anak mereka.
Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin.
Siti Hasmah berkata, bagi menangani masalah obesiti, ibu bapa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang kerana tabiat baik itu akan mempengaruhi anak-anak mereka.
Selain itu katanya, maklumat betul mengenai cara berkesan menangani masalah kegemukan di kalangan remaja dan kanak-kanak juga perlu disampaikan kepada ibu bapa.
"Pada dekad 60-an dan 80-an, negara kita berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan dan kurang berat badan tetapi sekarang masalah sebaliknya iaitu berlebihan makanan tidak sihat seperti karbohidrat, lemak dan obesiti," katanya.
Siti Hasmah menambah, ibu bapa juga perlu meneruskan amalan permainan atau aktiviti fizikal seperti permainan tradisi melompat dan berbasikal sebagai salah satu kaedah menangani masalah obesiti itu.
Menurutnya, di zaman teknologi moden, kanak-kanak dan remaja lebih cenderung kepada gajet teknologi maklumat (IT) dan permainan komputer yang menyebabkan mereka kurang bermain dan berinteraksi dengan adik-beradik, rakan serta ibu bapa.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengatur program harian anak-anak dengan melakukan aktiviti fizikal bersama supaya dijadikan amalan biasa bagi keluarga.
Siti Hasmah berkata, beliau sendiri hanya berhenti bermain badminton ketika berusia 75 tahun selepas salah satu uratnya putus atas nasihat doktor pada 1999.
"Pemain profesional negara sendiri berhenti bermain (badminton) dalam usia sangat muda tetapi saya masih mampu bermain walaupun sudah menginjak usia 75 tahun," katanya.

Sabtu, 8 November 2008

Fakta Makanan


Kambing

Menurut statistik tahun 2005 Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu, Bahagian Bekalan Makanan dan Pertanian, Sudan merupakan Negara ketujuh penyimpan stok kambing di dunia sehingga menjangkau 49 juta kambing keseluruhannya.Menu kambing merupakan hidangan istimewa di sudan terutamanya ketika musim perayaan.


Doktor Dapur : Teringat kisah sedih kehilangan 2 ekor kharuf sempena sambutan 15 tahun PMMS.Semoga dijadikan iktibar kepada semua.Harapkan pagar, pagar makan padi.Harapkan kereta sorong, kharuf dibawa lari.

Lembu

Keadaan menjadi gamat apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak demam Rift Valley di Sudan.Pada of 2 November 2007, 125 kes termasuk 60 kematian dilaporkan dari 10 kawasan lokaliti White Nile, Sinnar,dan Jazirah. Kebanyakan mangsanya adalah lelaki.Sebanyak 25 sampel darah manusia dikenalpasti positif RVF menggunakan teknik PCR atau ELISA.Sekatan makanan daging lembu dari wilayah yang berkenaan disyorkan kepada masyarakat sudan bagi mengelakkan terdedah kepada jangkitan.Tanda-tanda awal jangkitan adalah demam,sengal tulang,pening kepala dan juga pendarahan tiba-tiba.

Doktor Dapur : Hari Raya Korban dah dekat, ada cadangan nak tukar korban lembu kepada kharuf atau unta.Tapi ada gak dengar suara- suara sumbang orang nak korban ayam tahun nie hehehe

Ayam
Termasuk dalam kategori daging putih, ayam merupakan makanan pilihan masyarakat dunia.Hidangan ayam telah termaktub di sejarah peradaban manusia sejak 1400 sebelum masihi oleh Tamadun China.Ayam merupakan sumber protein yang baik serta senang dihadam berbanding daging-daging yang lain.Pandemik Selsema Burung telah melanda dunia sejak kebelakangan ini, adalah disebabkan jangkitan virus H5N1.Ini menyebabkan industri ayam mengalami masalah penyediaan stok yang bebas jangkitan.Walaupun secara umumnya Sudan sudah bebas dari jangkitan penyakit ini, namun keadaan berjaga-jaga perlu diambil supaya masalah ini tidak berulang kembali.

Doktor Dapur : Peniaga ayam mengambil kesempatan di atas risiko larangan memakan daging lembu, mereka menaikkan harga ayam sesuka hati bagi mengaut keuntungan serta-merta.Sikap buruk ini membebankan pengguna dan ia adalah tidak digalakkan dalam Islam.

Udang

Laut Merah merupakan tempat habitat lebih 1000 jenis hidupan laut.Ia memiliki kandungan garam yang tinggi sehingga mencecah 3.6 sehingga 3.8% skala saliniti.Terdapat pelbagai jenis udang yang boleh didapati di laut merah.Daripada saiz kecil sehinggalah jenis “Spinny lobster”.Rata-rata rakyat sudan tidak menggemari hidangan udang,namun disebabkan “Market Value” udang dijual dengan harga yang tinggi kepada pendatang-pendatang luar.Walaupun udang merupakan hidangan yang lazat, namun kandungan kolesterolnya amat tinggi serta ramai yang mempunyai alahan kepada zat udang.Elakkan memakan udang disertai dengan minuman susu kerana ini boleh mendedahkan kita kepada toksik arsenik.

Doktor Dapur : Sedapnya udang saiz medium goreng kunyit masa sambutan raya baru-baru nie.Lebih-lebih lagi tanpa disangka-sangka apabila “orang itu” turut serta sanggup turun padang menyiapkan menu-menu raya yang sungguh lazat.Tahniah diucapkan..

Ikan
Kajian menunjukan bahawa masyarakat eskimo dan juga bangsa jepun kurang dijangkiti penyakit kardiovaskular.Di dapati amalam memakan ikan yang kerap membantu mempertahankan sistem badan dari jangkitan.Ini kerana ikan terutamanya ikan laut memiliki khasiat omega3 yang tinggi.Ikan sungai nil juga mempunyai khasiatnya namun ramai yang takut mengambilnya untuk mengelakkan jangkitan cacing bilharzia.Namun begitu, sebenarnya ia tidak benar kerana jangkitan ini hanya boleh berlaku sekiranya kita berada di kawasan epidemik dan makanan yang betul-betul dimasak tidak akan menjadi vektor kepada penyakit.

Doktor Dapur : Dah lama tak pergi rehlah sungai nil,antara aktiviti yang menyeronokkan di Sudan.Sambil mandi manda ada yang memukat ikan dan bersantai di tepi sungai.Jom pi rehlah!

Kembara Ke Bumi Anbiya


Pada 9 Oktober 2007 yang lalu, penulis bersama-sama rakan rakan seperjuangannya Ustaz Aziz Che Omar, Ustaz Mokhtaruddin Ahmad dan Dr.Helmy Hassan telah berangkat ke Bumi Mesir yang terletak di utara Republik Sudan.

Tujuan kami adalah untuk menyambut Aidil Fitri di sana serta menjelajahi bumi mesir yang terkenal dengan kesan kesan sejarah dan sirah nabawiah.Kami juga ingin mengambil iktibar diatas kejadian dan kekuasaan Allah di muka bumi ini.Firman Allah dalam Surah Al Imran,


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ الأَلْبَابِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُوْلِي

MEROKOK DARI PERSPEKTIF PERUBATAN DAN ISLAM



Merokok adalah budaya buruk yang sering diamal oleh masyarakat kita.Kebiasaannya perbuatan ini adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan juga persekitaran. Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)
Dari segi perubatan, tabiat merokok ini terbukti menjadi penyebab kepada pelbagai jangkitan kepada manusia. Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli keluarga.
Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka pada bahaya penyakit, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak dari ibubapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya'. Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak-anak mereka.
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah
Oleh itu kepada mereka yang merokok, diharap dapat berusaha untuk berhenti daripada terus terlibat dalam aktiviti yang tak berfaedah ini.Memang sukar untuk berhenti pada mulanya namun tekat dan azam yang kuat perlu ditanamkan kerana segara perubahan kepada sikap adalah ditentukan oleh diri sendiri tanpa perlu bantuan luar semata matanya.
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan dengan cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)

Jumaat, 7 November 2008

Bulan Raya Al Mubarak Oktober 2008





Raya tahun ini memang penuh bermakna... sebab dah bertahun tahun tak raya di malaysia... dalam seronok pun hati tetap rasa sedih mengenangkan pemergian arwah mak tercinta pada tahun 2003, tapi Allah membantu kami dengan memberikan seorang ibu baru bagi membantu membesarkan adik adik... Alhamdulillah.Pagi Raya pertama kat umah jer di klang.. lepas zohor baru ke Kedah...


Perkembangan Kesihatan: Berat pada 1 Oktober adalah 95kg (asal 123kg), saiz seluar 40 (asal 46)... cuma minggu pertama raya adalah minggu CUTI SHAKE HERBALIFE... pakai tea mix jer... naik berat sampai 97.5 kg!!! nasib baik dapat turun lepas tue..So kena selalu control...





Akhir bulan raya dapat turun lagi berat... pada 27 hb oktober berat sebanyak 90kg, seluar dah boleh pakai saiz 38.Walaupun memang bulan raya ni penuh dugaan... tetapi Alhamdulillah berkat disiplin dan juga ketahanan mental dan emosi, boleh gak turun berat dan tingkatkan kecerdasan...

Pada hari yang sama ada jamuan hari jadi ahli keluarga, so kamarul jadi Chef... masak sendiri ini memang lebih baik sebab kita boleh pastikan menu itu HALAL, Jimat Kos dan juga setiap aktiviti memasak boleh tambahkan kecerdasan...

Pembuka Selera adalah Tauhu Sumbat , Garden Salad dan Hot Sour Soup.

Salmon dengan Mash Potato, ikan salmon memang baik untuk kesihatan sebab kandungan omega 3 yang tinggi dan rendah lemak


Makaroni bakar dengan daging hancur.... siap ada mozarella cheese... hahaha kena hati hati nak makan nie.. jangan over pulak...


Honey Baked Chicken, siap ada stuffing dalam perut ayam... letak roti, kurma dan sayur sumbat dalam ayam... first time pakai oven... hampir nak rentung kalau tak jaga heheheh




Cara menggunakan Produk Herbalife

Salam Warahmah

Adakah anda Sudah Ada Coach yang melatih cara Pemakanan yang Sebenar? Herbalife menitikberatkan Hasil Produk, sekiranya anda sudah ada Coach saya nasihatkan bagus teruskan coaching dengan coach anda, sebab ini boleh mengelakkan double coaching dan akhirnya tidak dapat hasil yang di inginkan.Kalau anda belum ada Coach boleh hubungi saya untuk saya Latih anda untuk Pemakanan yang betul.

Pengalaman Saya Sendiri
Nie plan cara nak guna produk ini, minggu pertama perlu 2 shakes dan 1 hidangan seimbang sama ada lunch atau dinner, tapi paling baik lunch supaya mudah dihadamkan berbanding dinner.Air memang dititikberatkan dalam program ini kerana kepentingan air amatlah tinggi untuk metabolisme dan juga untuk membuang toksin daripada badan.

Air perlu sekurang-kurangnya 3 liter satu hari, tapi tak leh minum terus 3 litre sekali teguk.. nanti terperanjat buah pinggang!... so kenalah slow slow amik secawan secawan sikit sikit dari pagi sampai ker setengah jam sebelum tidur... cuma jangan banyak sangat time malam nanti kerap ke toilet tak lena tidor pulak.

Minggu pertama cuma pakai Formula 1, dan juga 3-5 kali tea mix.Tea yang pertama adalah pada awal pagi, untuk boost metabolime.. so tak derlah pagi letih nak bangun.. kalau yang ada gastrik, amiklah sekeping biskut buat alas.. ingat yer sekeping jer jangan kebas sekotak pulak heheh..Shakes tue 2 scoops Formula 1 ditambah dengan air soya ataupun jus yang asli.. jangan pakai jus kotak sebab kandungan gulanya tinggi..





Minggu kedua dan seterusnya pulak kita tambah Formula 3, kali ini nak tumpukan pembinaan Otot..so dalam shake tersebut boleh tambah 2-3 scoops untuk lelaki,1-2scoops untuk wanita.

Teruskan program ini sampai dah dapat ideal weight yang dikehendaki.Dan kalau tetiba rasa lapar paling selamat amik jer scoop tambahan dan juga tambahan shakes.. lebih baik banding mengunyah makanan snek yang sememangnya tinggi kalori, garam dan lemak.

 Kemudian lepas dah sampai target, boleh nak maintankan dengan mengambil satu shakes sahaja sehari, ada yang teruskan minum teh untuk tenaga dan kalau badan dah normal pastikan makanan dan gaya hidup kekalkan amalan yang Sihat.Herbalife bukan Ubat kurus, gaya hidup sihat sangat penting untuk Kesihatan yang Optimum dan Berpanjangan

Masa saya mula Herbalife dahulu tiada Aloevera, sekarang kita tambah Satu Gelas Aloevera Sebelum Minum Tea Mix dan Shakes, Sangat bagus untuk pencernaan dan ada Camomile yang menenangkan perut kita.
 


Khas untuk Bulan Ramadan



















Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Khamis, 6 November 2008

Hong Kong

Balik Malaysia!!!! Awal julai 2008 dapat tiket.... disebabkan semua airline dari middle east penuh... option terbaik adalah naik Cathay Pacific... So bolehlah singgah ke Hong Kong

Isnin, 3 November 2008

UAE


Akhir bulan Mei 2008 terus ke Dubai, United Arab Emirates.
Negara arab yang paling maju dari segi infra dan kuasa ekonomi negara teluk.Memang banyak keajaiban dan syurga dunia dibina disini.Kekayaan tersebut ditafsirkan melalui pembangunan yang begitu pesat sekali.

Sudan


Kamarul mula amik herbalife nie pada 10 Mei, ketika itu berada di Sudan.


Kenapa Ambil Herbalife

Sebelum memilih untuk mencuba herbalife, saya telah buat survey produk-produk yang boleh diambil bagi meningkatkan kecerdasan dan mengurangkan berat badan.

Antara faktor utama saya memilih untuk menggunakan produk ini adalah

1) HALAL

Produk ini mendapat Sijil Halal daripada Islamic Food & Nutrition Council of America

2) Diet yang seimbang

Produk ini memberi penekanan mengenai cara pemakanan yang seimbang, mempunyai nutrisi yang cukup untuk setiap pengguna yang mengamalkan pemakanan dengan sempurna

3) Bukan Crash Diet

Banyak produk yang terdapat dipasaran hanyalah mementingkan penurunan berat badan yang drastik dan menghadkan pemakanan sehingga terdapat sekatan yang amat membahayakan jisim.

4) Tidak Lapar

Kalau menggunakan produk ini dengan betul, kita tidak akan menjadi lapar pada waktu in between meals, kerana faktor utama obesiti adalah pemakanan snek yang berlebihan ketika waktu antara makanan utama.Produk ini dapat mengawal pengambilan makanan snek tersebut.

5)Mudah disediakan

Hanya perlu tambahkan dengan air soya dan juga perlu mengambil air putih secukupnya.

ShapeWorks™ Tea Mix


ShapeWorks™ Tea Mix
Untuk kebugaran dan pengurusan berat badan
Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.
Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik
Boleh diNikmati panas atau sejuk

Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder


Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder


Suplemen Protein menolong menghalang rasa lapar.
Suplemen protein tanpa lemak yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang menyihatkan.
Campuran soya dan protein proprietari
Mudah dibancuhkan dalam shake, sup dan sos.
Menolong membina dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

herbalife formula 1 shake nutritious mixed soy powder shah alam malaysia

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Shake

Menyediakan vitamin dan nutrien penting
Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting.
Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.

* Mempunyai enam perisa (Cookies n' Cream, French Vanilla, Dutch Chocolate, Strawberry, Tropical Fruit & Cappuccino)

*Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat AS. Produk ini tidak bermaksud mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Bancuh Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Shake


Kisah Sebelum Herbalife



Salam Warahmah, Salam Perkenalan.Saya Dr Kamarul, menulis blog ini sejak 2008 bagi memberi inspirasi kepada anda semua untuk berubah menjadi lebih sihat dan langsing.Saya berjaya Turun Berat Badan Saya sebanyak 50kg dan sekarang saya lebih bertenaga, ceria dan gembira setiap hari.

Awal Kalam


Alhamdulillah Bersyukur Kehadrat Allah Jalla Waala yang senantiasa memberikan rahmat kepada seluruh hambaNYA dilimpahi Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Catatan pengalaman dan pedoman diri dan ummah akan dikongsi bersama dengan harapan dapat memberikan sinar dan panduan kepada diri, keluarga, rakan taulan serta ummah.

Segala perjalanan hidup kita ini telah ditetapkan oleh Allah, yang penting adalah bagaimana kita perlu mendekati dan terus mempelajari hikmah kehidupan supaya kita senantiasa akan dirahmatiNYA


Blog ini akan menjurus kepada konsep 3 K, iaitu Keimanan, Kesihatan dan Keusahawanan.



Akhir Kata, diucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Kepada Semua Rakan Taulan dan Pengunjung Blog ini.
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812