Selasa, 20 Januari 2009

Kumpulan Darah ABO


Hari nie nak kongsi maklumat mengenai kumpulan darah manusia berdasarkan pembahagian kumpulan darah A,B,O dan AB positif dan negatif.

Dr D'Adamo seorang pakar dalam bidang ini menerangkan mengenai perbezaan tabiat pemakanan dan tahap ketahanan diri berdasarkan jenis kumpulan darah setiap insan.

Kumpulan Pertama : Darah Jenis O

Kumpulan ini adalah golongan yang paling ramai, dan merupakan golongan paling lama hidup dan menapak di muka bumi, sejenis pemakan yang memburu sejak dahulu lagi.Ini menyebabkan mereka yang memiliki jenis darah ini lebih sesuai mengambil diet protien tinggi,kurangkan karbohidrat.Daging daripada jenis merah dan juga ikan tetapi sumber tenusu,bijirin tidak digalakkan.Elakkan mengambil bahan tenusu,kekacang, kurangkan roti dan nasi.Senaman pula ala pemburu, perlu kuat dan lasak seperti aerobik dan berlari, seperti diamalkan sejak zaman purba lagi!!

Kumpulan Kedua: Darah Jenis A

Darah ini merupakan kumpulan kedua teramai, kumpulan manusia asal usul petani dan peladang.Mereka jenis yang memakan sayur sayuran, biji bijirin dan kekacang.Daging amat kurang dalam diet kumpulan ini.Lebih seperti kumpulan herbivor.Jenis makanan yang sesuai adalah seperti kekacang,bijirin,roti,nasi,buah buahan dan sayur sayuran.Hasil tenusu pun tidak digalakkan bagi kumpulan ini.Oleh sebab cara hidup kumpulan ini yang lebih tenang, senaman yang paling sesuai adalah seperti golf atau taichi.

Kumpulan Ketiga: Darah Jenis B

Darah ini hanya akan muncul seorang daripada 10 orang..maknanya hanya 10 peratus sahaja manusia jenis darah ini.Darah yang paling kurang sekatan dan pantang larang dalam pemakanan!.Mereka adalah jenis manusia pengembara, yang gemar memakan dan mencuba masakan antara tempat.Oleh itu mereka boleh menikmati daging, sayur sayuran dan paling penting hasil tenusu!.Makanan yang kurang digalakkan adalah hasil laut bercengkerang.Mengenai senaman, seperti asal usul pengembara, berenang,mendaki dan berjalan adalah yang terbaik.Sambil berjalan sambil berfikir!

Kumpulan Keempat: Jenis Darah AB

Golongan darah yang jarang dijumpai, tengah tengah antara A dan B, mungkin menjadi keliru sama ada nak jadi seorang A yang herbivor ataupun bebas seperti B.Tetapi paling baik adalah sederhana mengambil daging,sayur dan bahan tenusu.Mengenai senaman pun sama.. gabungan antara senaman ringan dan senaman sederhana.

Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Ahad, 18 Januari 2009

Training dan Ulang Tahun Ketiga Herbalife, Hari Kedua


Hari ini hari penutup program training dan ulang tahun herbalife ketiga...

Bergambar dengan Kak Aishah, yang menjadi health coach dan supervisor saya.Beliau mendapat pengiktirafan sebagai top ten members, kategori rekruting terbanyak.. Tahniah..

Banyak juga input bermanfaat yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.

Salah seorang speaker hari ini, Dennis Dowdell Chief Executive President's Team Member menceritakan pengalamannya sewaktu mula menceburi bidang ini.Beliau merupakan bekas pandu lori.

Apa yang menarik yang dapat dikongsikan adalah, sewaktu mereka mula bertapak perniagaan mereka dimulakan di chicago.. suatu tempat yang asing bagi mereka, tiada rakan taulan dan saudara mara.. namun begitu perpindahan mereka ke sana merupakan titik permulaan dalam karieer dan kehidupan mereka.

Sebab itu dalam Islam kita disarankan berhijrah... hijrah tempat dan juga hijrah perbuatan dan persepsi.. Segalanya boleh dicapai dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.

Saya dapat belajar lagi, banyak ilmu dan penghayataan Islam telah dipraktikkan oleh bangsa asing yang sepatutnya kita miliki selama ini seperti

1) Berdisiplin = Istiqamah

2) Tepati Masa = Al Wakt Kassaif, Masa itu seperti Pedang

3) Moving= Hijrah Tempat

4) Changing= Hijrah Persepsi dan Pemikiran

Oleh itu, jangan asyik tuding jari sekiranya muslimin mundur , kerana kitalah yang sepatutnya mulakan segala amalan dan kaedah yang telah diajarkan dalam islam.. ambilah yang baik daripada mereka(kalau ada yang buruk tue tolak tepi ler),tepatilah masa dan janji.. selalulah beristiqamah dan lakukan hijrah supaya lebih berjaya dalam kehidupan..

Sabtu, 17 Januari 2009

Training & Ulang Tahun Ketiga Herbalife Malaysia

Hari nie saya join training sempena ulang tahun ketiga Herbalife di Malaysia.First time gak join event sebesar itu, memang banyak pengalaman yang dikongsi bersama dengan para distributor sehinggalah ke supervisor dan leadership team.Inilah masanya kita mendapatkan peluang dan ilmu perniagaan dan latihan kerjaya, tidak semestinya digunakan untuk menjual produk herbalife semata-mata, tapi boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan.Ramai juga nampak bangsa kita mula sedar betapa pentingnya mencari rezeki dengan berniaga kerana sumber pendapatannya adalah 9/10 menurut Islam.
Dapat juga berpeluang bergambar dengan CEO Herbalife Malaysia, VIP Guest dan juga para supervisors.Cara penggunaan produk, cara mencari peluang perniagaan dan peluang networking didedahkan.
Yang nie Dato Ronie Tan, CEO Herbalife Malaysia, individu korporat yang membawa herbalife ke Malaysia dengan jayanya.

Bersama dengan Millionaire Team Member, Mohd Fadzil Muda.Memang beliau seorang peniaga yang berjaya, siap ada BMW sendiri heheh... tahniah.

Mereka berdua yang aktif dalam Online Training
Laporan seterusnya akan menyusul kemudian.............

Ahad, 11 Januari 2009

Isu Palestine

Kali ini nak cakap pasal palestine.. Bumi para anbiya, ulama dan pejuang islam.

Mengenai serangan terkini di Gaza, bolehlah rujuk berita daripada http://english.aljazeera.net/

Selama ini kita asyik dimainkan dengan retorik dan propaganda barat dan zionis.. sudah tiba masanya umat Islam bersatu, membebaskan tanah suci kita daripada terus ditindas.

Apa peranan kita yang tidak ada kuasa, tidak ada pengaruh dan tidak ada kekuatan material?

Saya senaraikan cadangan yang boleh dikongsi untuk diri saya amalkan dan hayati dan juga diperbincangkan kepada seluruh umah.

1) Setiap individu muslim perlulah berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan.Ingat bahawa umat islam perlu menjaga solat dan akhlak mereka, kerana itulah senjata paling mahal.Tidak ada gunanya sibuk berjuang tapi lalai bab yang paling asas dalam agama.

2) Pelajari Ilmu dan Sejarah ketamadunan islam supaya kita tidak ditipu oleh fakta yang terpesong mengenai penubuhan negara haram zionis.Pelajari apa itu Hamas,apa itu Fattah dan apa itu Hizbullah.Supaya kita tidak silap melabel mereka.

3) Ketahui bahawa perjuangan palestine adalah perjuangan membebaskan bumi dari dijajah, tidak kira bangsa dan keturunan.Ia bukan perjuangan Bangsa Arab semata-mata.Bukan perjuangan nasionalisme

4)Kita perlulah selalu dapatkan maklumat terkini mengenai isu ini daripada sumber-sumber yang benar benar sahih dan jangan terpedaya dengan media yang dikuasai pihak musuh.

5) Mulakan perjuangan dari apa jua platform yang kita duduki sekarang.Sebagai contoh, para bloggers boleh kempen mengenai isu palestine, ahli keluarga boleh mulakan boikot produk pro zionis, ahli kariah bolehlah mulakan solat hajjat dan doa, ahli akademik dan ulama bolehlah kemukakan idea yang boleh membantu menyelesaikan masalah, ahli politik dan umara bolehlah aplikasikan idea yang diperbincangkan.Semua pihak ada tanggung jawab.

6) Hulurkan bantuan dan dana kepada mereka.Kalau ada duit,bagi jer apa yang mampu tetapi perlu juga lihat kepada siapa yang diberikan supaya tidak tersilap membantu.Kalau kaya bagi jer lebih seperti mana umat islam di UAE sedekah berbilion dirham.

Jumaat, 9 Januari 2009

Maintenance Week

Minggu nie memang diet tahap minimum... lepas banyak aktiviti bersama family selama cuti sekolah lepas...sehinggalah hari puasa muharram..

Kalau guna produk herbalife nie.. biasanya boleh skip 1 meal untuk maintan weight.Maksudnya boleh makan cam biasa 2 hidangan..kira cam cuti half day ler tue...

Dah seminggu lebih gak tak buat morning walk di taman rakyat... hari nie baru nak mula semula.. memang perlu gak senaman nie.. at least 2-3kali seminggu untuk kecerdasan fizikal.Biasanya kalau cuaca hujan memang tak der peluang nak bersenam...

Target memang tak mau drag diet period lagi.. tapi tak palah berkorban sikit lagi.. nie ada kursus di kl nanti, ada pulak cuti CNY (mungkin jenjalan lagi) hehehhe.. bulan nie pun mencabar gak... tengoklah..asalkan tak naik berat sudah.. dapat turun lagi baik... tapi tak mampulah nak very strict diet.. nanti kempunan pulak makan hahaha...

Selasa, 6 Januari 2009

Makan Dim Sum, Quality Hotel KL


Semalam Menjamu Selera Di Kuala Lumpur.. dah lama dah tak makan buffet dim sum nie.. kebetulan dah ada kat kl time tue.. CUTI lagi !!!
Dim Sum adalah koleksi makanan tea time china.. dulunya makanan santapan diraja maharaja.. biasa dihidangkan dengan chinese tea dan juga pada waktu pagi sampai tengahhari.
Kalau nak makan sikit sikit, sebakul harganya mau 5-6 ringgit.. tapi kalau banyak baik amik buffet nie.. memang berbaloi mulut, walaupun ia tidak berbaloi bagi diet dan juga menjaga duit..
Restoran Meisan Quality Hotel (Jln Raja Laut) memang menyediakan makanan sechuan, halal dan sedap.
Harga dim sum buffet tue RM26.50++, ada promosi 4+1. Dah lama dah Quality Hotel ada buffet nie.. last sekali pergi dengan arwah mak.. time tue ramai ramai saudara mara...


Update Entri ini : Harga Sekarang  RM52.50 dan boleh contact terus Hotel Quality untuk Tempahan



 http://www.quality.com.my/events-promotion/
  
Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut, P.O. Box 11586
Kuala Lumpur, 50750, Malaysia

Phone Number: +60-03-26148000
Email: qhcc@quality.com.my



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Khamis, 1 Januari 2009

1st Jan 09 Personal Health Result

Ok.. status kesihatan terus meningkat... dalam DUGAAN musim percutian, kenduri kendara pun boleh loose weight...

Kali ini berat turun sama cam bulan lepas... 4.5 kg penurunan..

Berat terkini adalah 81 kg ...BMI 28.02 (Over Weight), Total berat yang berjaya diturunkan adalah 42 kg...

Target adalah untuk sampai ke tahap ideal weight.. dan juga BMI yang Normal.. Insya Allah semua ini akan diusahakan selewat-lewatnya berjaya sebelum berakhirnya bulan mac nanti...

Selamat Tahun 2009 Masihi

Selamat Tahun Baru 2009 Masihi... Disebalik kesedihan melihat manusia berpesta dan lupakan syariat Allah.. Namun diri ini tetap rasa bersyukur melihat Kesedaran Umat Islam terhadap sambutan tahun baru ini telah mula menunjukkan ada cara yang baik bagi meraikan tahun baru.. Di Dubai sambutan secara sukaria dibatalkan serta merta sempena protes terhadap kekejaman zionis di gaza.Di Tanah Air.. banyak venue telah berubah wajah.. ada yang berforum.. ada yang bernasyid.. ada yang bersalawat.. ada yang munajat... semuanya bagi menunjukkan kesyukuran dan memohon rahmat Allah... di ambang tahun yang penuh mencabar iman.. mencabar ekonomi.. mencabar emosi... semoga Allah dapat membantu hamba-hambaMu ini...
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812