Jumaat, 27 Julai 2012

Fadhilat Menyediakan Hidangan Iftar @ Berbuka Puasa

Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa, 10 hari pertama ini sungguh banyak Rahmat diturunkan kepada kita semua.Kita Setiap hari ada peluang untuk menjamah rezeki, bersahur , iftar dan moreh setiap hari.
Teringat kenangan semasa di Sudan, sangat seronok ketika menyambut bulan ramadan, amalan berebut menjemput masyarakat berbuka puasa sama.Seperti juga di Tanah Suci Makkah dan Madinah.Sebabnya sangat mulia dan tinggi fadhilat kalau kita memberi makan kepada orang yang berbuka.Setiap lorong dipenuhi dengan tikar bagi menempatkan para tetamu.Menu hidangan akan disediakan dari rumah,sangat sederhana, tidak membazir dan yang paling baik adalah selepas sahaja berbuka mereka akan Solat Maghrib Berjamaah bersama sama.

 Hadis:
Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga(Hadis Tirmidzi)
Jadi Rebutlah peluang ini untuk kita sama sama beramal di bulan penuh rahmat ini
 Kami ada juga ada majlis iftar nutrisi (Aloe,Tea dan Shake), solat maghrib, potluck, solat isyak dan taraweh di Kelab Nutrisi Kami di Shah Alam.Jemput hadir.






Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur Apa pagi ini?

Anda makan apa untuk bersahur?


Rata-rata masyarakat kita makan berat semasa sahur seperti nasi berlauk, roti , bubur dan banyak hidangan karbohidrat.
Kesannya Peningkatan mendadak gula dalam darah dan juga insulin, serta penurunan tenaga.

Sahur Karbohidrat Tinggi

Pada waktu pagi, karbohidrat akan menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi di dalam darah, menyebabkan insulin akan dirembeskan daripada pancreas anda
Insulin tersebut akan menyingkirkan kandungan gula berlebihan daripada badan anda dan menukar selebihnya kepada Lemak.Kesannya kandungan gula akan menjadi rendah, kehausan dan kembali lapar dan memerlukan karbohidrat.Semakin lapar semakin banyak kita akan makan.Kalau semasa berpuasa, kita akan menjadi terlalu lapar dan kita akan melantak kuat semasa berbuka puasa
Inilah puncanya kita mudah menghadapi risiko diabetik, darah tinggi dan kenaikan berat badan walaupun kita Berpuasa!




Tidak bersahur…

Bagi mereka yang tidak bersahur, sebenarnya kesannya lebih buruk.Sunat kita mengambil sahur ketika berpuasa.Bayangkan apabila tidak bersahur, kandungan gula yang begitu rendah akan menyebabkan kita kelaparan dan lemah tidak bermaya sepanjang hari.
Kesannya lebih buruk apabila kita berbuka puasa nanti, pastinya kita akan melantak dengan begitu banyak sehingga lupa hikmah sebenar dan tujuan berpuasa.Kita akan menambah lagi ketika moreh sehingga kita berisiko tinggi berdarah tinggi, diabetis dan lebih berat badan walaupun berpuasa pada siang harinya.Bayangkan seterusnya hingga sambut syawal nanti.
Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812