Ahad, 4 Mei 2014

Parking di KLIA2

Salam Warahmah, KLIA2 baru dibuka dan bakal dikunjungi 30 juta penumpang setiap tahun.Kebetulan kami ingin ke Singapura pada 15 Mei ini, kami survey harga parking sama ada ingin membawa kereta atau menaiki teksi

Daripada Website KLIA, ada diletakkan kadar parking

Terbaru =


Boleh rujuk website =
http://gatewayklia2.com.my/services.aspx?cat=4&cid=11


Alhamdulillah kami berjaya park kereta kami di KLIA2, kami sampai terus ke Block B, masa park kereta memang banyak space kosong, dan sangat mudah untuk yang berkeluarga seperti kami, ada troli disediakan dan terus boleh masuk ke Lift

Parking area ini satu bangunan dengan Gateway KLIA2, Shopping Center yang buka 24 jam untuk kemudahan pelancong dan juga rakyat tempatan yang ingin membuat last minute shopping, siap ada Jaya Grocers, jadi boleh membeli barang dapur di airport



Kami ke Singapura selama 4 hari, apabila sampai kadar bayaran untuk selama tempoh ini RM 184, dikira RM 46 sehari dan baginya mengikut kadar jam.Ia amat berbaloi untuk perjalanan kami dibandingkan menggunakan airport limo (kadar midnight surcharge dikenakan)

Kepada Pembaca blog saya, didoakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi dan semoga sihat ceria dan gembira sentiasa

Update 20 April 2015

 Kami baru pergi ke KLIA untuk menghantar Bibik balik Bercuti, kali pertama datang selepas pelaksanaan GST.

 Apabila Sampai Kawasan Parking kami terus ke Tingkat CP4, kalau ada kosong tempat parking memang senang satu level dengan Gateway Mall KLIA2

 Pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch & Go (mesti touch masa masuk) atau secara Tunai di Stesen CP1, CP4 atau CP7

 Kadar terkini saya tidak pasti ada GST atau tidak dalam Kadar ini

 Jumlah Pembayaran untuk hari ini RM 12 termasuk GST RM 0.68.Park selama dua jam lima puluh minit, waktu masuk 4.59 pagi keluar 7.49 pagi
 


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Get Fit Challenge, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812