Isnin, 16 Mac 2015

First Time Daki Bukit Broga


 

Salam Warahmah, Saya kali pertama dapat peluang mendaki Bukit Broga, paling akhir saya menyertai pendakian adalah pada 2007 menaiki Tursina dan juga ada sekali mendaki Bukit Brincang Cameron Highland 2010



Hari ini saya ingin kongkan pengalaman ini terutama kepada yang First Timer dan ada Impian untuk memulakan Latihan mendaki bukit dan seterusnya Gunung.



Lokasi  

Daripada Wikipedia:
Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Perjalanan ke Broga



Perjalanan hari ini bermula pada jam 5.30 pagi, sebelum subuh bergerak dari Shah Alam, saya bawa kereta melalui jalan ke Puchong menuju ke IOI City Mall.Solat Subuh di Stesen Shell kawasan yang ada AES (Sebelum Mardi).


Sampai ke Broga kami ada taklimat dan juga warming up, amat penting untuk kita regangkan otot kita sebab kita ingin mengelakkan kecederaan apabila mendaki nanti.Paling penting sebelum mula aktiviti kita perlu alas perut kita bagi mendapatkan tenaga yang cukup.Saya ambil roti dan juga Protein Shake Herbalife dalam 30 minit sebelum regangan.



 

 Pendakian bukit bermula apabila kita sampai ke Pintu Gerbang ini.Biasanya kita akan bergambar untuk kenangan bermulanya pendakian.

 
Sebelum daki pastikan kita sudah ada kelengkapan yang mencukupi dan kalau ingin ke tandas pastikan pergi dahulu sebab tiada tandas di atas bukit.Saya bawa juga botol air dan shake herbalife untuk recovery selepas tamat nanti.


 Ada 3 Check Point ketika mendaki, paling penting ikut jalan yang sudah ditanda, dan juga hati hati ketika mendaki, nampak senang tetapi kalau kita terlalu laju amat bahaya.Ada banyak kawasan ditanda dengan tali plastik keselamatan.

Bagi saya sebelum sampai ke Peak 1, kawasan ini adalah kawasan yang paling mencabar, menegak ke atas, jadi tips yang paling baik untuk peserta baru bagus cari kawasan yang ada tangga tangga batu dan juga berpaut pada tali yang disediakan, pastikan ada rakan yang bersama kita untuk membantu kita kalau kita tergelincir atau menghadapi kesukaran.

 Alhamdulillah sampai sahaja peak 1, hati amat gembira, pemandangan sangat indah, kita boleh nampak pembangunan bandar, pokok pokok dan juga menghirup udara yang sangat segar.Kami sampai lebih kurang jam 8.00 pagi sebab bergerak perlahan lahan.
 Kami sempat buat aerobik dan body combat atas peak 1 dan peak 2 memang best!

Puncak Bukit Broga

Alhamdulillah selepas itu kami bergerak menuju ke puncak, 400 meter dari aras laut.Memang best sebab kita akan nampak peak 2 dan peak 1 dari atas puncak.
 Perjalanan hari ini saya bersama Rakan Rakan Fit Challenge Shah Alam dan juga Rakan Rakan Fit Challenge Sekitar Central Region.Saya amat teruja melihat kesungguhan Kak Nor yang bersemangat hingga ke puncak.Beliau ada impian untuk turun berat badan dan menjadi Fit.

 Coach Riduan bersama Coach Syahida pun ada juga sampai ke Puncak, ini kali kedua mereka datang ke Broga.Afifah pula pernah naik banyak kali juga kali ini membawa rakan sekerja bersama sama.
Kalau saya boleh lakukan bersama sama rakan rakan yang positif ini insya Allah anda juga Boleh lakukan.


Kita Minum Dulu
 Apabila saya sudah turun bukit, sempat singgah di warung Untie ini, beliau mengajar budak budak tadika dan apabila cuti sekolah atau cuti hujung minggu akan membuka warung untuk kita menikmati Air Kelapa yang Segar.Sudah 7 Tahun berniaga di sini.

 Selepas Penat mendaki kita perlu recover semula otot kita, saya pastikan ambil air yang secukupnya dan akan ambil post recovery shake herbalife sebab ia senang serap terus ke tubuh badan kita.
 Selain itu saya dihadiahkan EAT Clean Lunch Box oleh Team Fit Challenge Hululangat, Abby.Ubi Keledek dengan Ayam Grill dan Taufu.Terima Kasih diucapkan, Ada Ubi ada Batas, ada Hari Boleh di Balas

Kesimpulan


Pengalaman Pertama kali ini sangat bermakna untuk saya, semoga ia memberikan semangat kepada saya dan rakan rakan untuk teruskan gaya hidup sihat dan tak sabar untuk perjalanan seterusnya ke Bukit Wawasan Puchong!




Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member 

Tiada ulasan:

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812