Ahad, 29 Mac 2015

Bukan Gemuk Sahaja Berpeluang, Kurus pun boleh juga

Salam Warahmah,

Saya sambung posting hari ini, Sebab ada juga pembaca Blog saya adalah orang yang Fit, Sihat dan juga Kurus tetapi mencari pendapatan tambahan sekarang.


Rezeki Allah sangat luas, tidak mengira sesiapa yang penting kita Mesti Berusaha, ingat Sirah Nabi, ketika Rasulullah belum di angkat menjadi Rasul, Baginda bekerja mengembala Kambing, Berdagang Luar Kota Makkah sehingga ke Negeri Syam.

Ada yang datang jumpa saya ingin tahu apa yang saya lakukan setiap hari dan cara saya dan Isteri jana pendapatan mencari Rezeki.Pelbagai Persoalan yang diajukan dan saya hanya boleh jawab ikut kemampuan saya.

" Saya Tidaklah Gemuk Macam Dr Kamarul macammana saya Ingin Buat Herbalife?"

" Saya Tidak pandai Bercakap dengan Orang, Saya Tidak Pandai Menulis Blog, Saya Pemalu, Saya Tidak Ada Masa, Saya Sibuk dan Sebagainya, Saya ada Anak,Bagaimana saya ingin Bermula?"

 Jawapan saya mudah sahaja, Dapatkan Impian Dahulu, Sebab kalau kita tiada WHY dalam Hidup kita apa yang kita cari semuanya SUSAH dan PAYAH

Kebetulan saya GEMUK dan Pemalu, itu diri saya sendiri.Tetapi ramai jer orang yang berjaya dalam Herbalife dari Pelbagai Latar Belakang, hatta team yang kami latih pun tidak semuanya sama sifat sikapnya.

Apa yang saya PERLU lakukan?

Pertama dalam hidup kita perlu ada Mentor untuk monitor progress kita, saya pun ada Mentor dan ada Guru yang mendidik ke arah Kejayaan. Seperti adab berguru kita belajar Ilmu dan Amalkan dengna baiknya. Saya pandai bab ubat tapi lemah bab agama dan bab nak kuruskan badan contohnya, jadi saya cari Guru Murabbi yang Mendidik.

Sepanjang 8 tahun bersama Misi Nutrisi Herbalife saya berpeluang pelajari daripada Guru Guru yang sangat komited dengan Usaha mendidik Masyarakat dan ada Pengalaman yang Besar. 


Video ini diambil pada 2009, ketika itu kami berada di Korea, ia mengubah persepsi saya mengenai kaedah memberi Peluang kepada Umum, sejak hari tersebut saya cari sesiapa yang Serius untuk Berubah, yang penting ada keinginan dan juga tindakan.Kesannya Rakan Perniagaan saya bukan sahaja yang Gemuk macam saya sebelumnya, tetapi pelbagai latar belakang dan bentuk badan.Sebab itu apabila Herbalife mulakan aktiviti Fit Challenge saya sangat suka sebab dapat berkenalan dengan rakan rakan baru yang sememangnya ada yang sudah Fit dan Minat untuk jadi lebih Fit sambil tambah pendapatan dan ubah gaya hidup.

Kesimpulannya, saya mencari lagi sesiapa yang Sedia dilatih, Berjiwa Besar dan Ingin Berubah, Jom Bantu Malaysia jadi Lebih Sihat!.Kalau anda kenal sesiapa yang ingin berubah dan Serius boleh hubungi saya.




Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Dulu Saya Gemuk Anda Bagaimana?

Salam Warahmah,

Minggu ini memang proses Spring Cleaning Laptop saya ini, jenama Toshiba yang dibeli hasil titik peluh bekerja dari Rumah dan Kelab Nutrisi.

"Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

Ramai yang takut berimpian kerana setiap perubahan yang kita lakukan pasti ada risiko yang kita akan hadapi.

Hari ini saya ingin kongsi mengenai Rezeki dan Gemuk. Ada segelintir masyarakat menghina rakan rakan dan Ahli Keluarga kita yang Gemuk.Alhamdulillah saya syukur saya tidak dipanggil seperti nama nama kejian kecuali Boyot heheh.. Ramai dipanggil BOB, Badan Orang Besar, Badak, Gemuk Gedempol, Macam kena PAM, Bam BamComel dan ada yang kasar tak payah saya sebut di sini, sedia maklumlah.



"Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

Allah Maha Adil dan Maha Mengasihani HambaNYA, Sifat Arrahman dan Arrahim kepada Semua.Kita perlu yakin bahawa ada Ketentuan yang kita tidak boleh ubah tetapi banyak juga yang kita boleh ubah.

Saya masa kecil tidak Gemuk, dilahirkan cukup bulan dan sempurna oleh Pasangan Luar Biasa Abah Hj Kassim dan Arwah Mak Hajjah Mastura.Ketika itu tahun 80an Malaysia mengalami kegawatan Ekonomi, ramai pekerja swasta tidak dapat pendapatan yang secukupnya, peniaga pun tidak beberapa menjadi jualannya.Saya masa itu pun walaupun kecil tidak faham apa apa tetapi berkat usaha Abah dan Mak membesarkan saya, jadilah saya sekarang.

Masa kecil badan saya Kurus Kering, sampai kena tangkal hahaha (kononnya untuk bagi berisi) Arwah mak risau dan cuba bagi makanan terbaik untuk saya, walaupun tidak ada kemampuan kewangan yang cukup, dapat Biskut Farley jugak, cuma kena bahagi 2 dan 3 kali sebab mahal.

"Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"
 
Saya dijaga oleh Arwah Tok dan Arwah Nyang di Kampung Baru Beserah, setiap hari dihidangkan makanan dan juga minum ada juga diberikan kopi hehe..Arwah mak ada cerita setiap kali datang jemput saya masa tue ada tanya pada Arwah Tok, ada bagi Kopi ker pada Man, Arwah Tok kata Dokk (Tidak) hehehe, padahal bila cium memang baru Kopi Semerbak Harum!

Ok saya sambung lagi, bila dah besar sikit masuk Sekolah Rendah saya masih keding lagi, kulit gelap sampai driver bas panggil saya India.Keadaan sama sehinggalah Darjah 4.Ketiaka itu saya mula masuk Taekwondo, masa tersebut saya suka sampai mahir buat Flying Kick! Sir yang mengajar memberikan saya Tittle Captain Sekolah!

Apa dah jadi apabila kita Aktif Sukan? Selera makan makin tambah, badan makin Fit dan semangat Wajalah.Apabila dah masuk Darjah 6 saya mula kurang Aktif sebab nak Belajar untuk UPSR, berhenti terus Taekwondo tapi TIDAK PERNAH Berhenti Makan!

Cakap pasal makan, bermulanya saya Darjah 5, Arwah Mak dah mula berniaga lebih Serius, jadi macam tidak sempat jumpa di Rumah, makan pun banyak juga tapau dari Kantin, kami banyak makan makanan Segera, Dari A- Z jenama semuanya ada.Kalau di rumah pulak Stok Makanan Frozen penuh di Peti Sejuk tidak termasuk makanan ringan dan Mee Segera!

Saya akui bukan salah siapa kecuali salah diri sendiri, ya walaupun ramai yang tinggal di Rumah kenapa saya yang paling GEMUK? hahaha

Sebagai pengajaran dan nasihat kepada pembaca Blog saya, Konsepnya mudah kalau makan banyak kurang bakar maka Gemuklah, dan kalau ingin ubah balik sama ada bakar banyak atau makan kurang.Biasanya kalaulah dah badan Gemuk kita mula bagi alasan Malas Bersenam, Sibuklah dan macam macam, padahal bab Makan tidak pernah lupa, pantang jumpa bangun pagi terus melahap!

"Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

 Apa yang saya lakukan untuk Berubah? Macam macam ada, Crash Diet, Pergi Klinik diberi Ubat Tahan Selera Lapar, Jogging sikit walaupun lepas jogging makan Nasi Lemak Roti Canai Mandi! semuanya GAGAL! 

 "Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

Setiap Tahun bertambah berat , makin lama makin Gemuk, sampai saya rasa GIVE UP! Mana taknya sampai jer Sudan saya sudah 100kg balik Sudan jadi 125kg! setiap tahun tambah 5 kg!

Hukumnya kalau kita mencari pasti dapat, Alhamdulillah saya mencari Solusi Turun Berat Badan, tidak mahu yang lapar perut, yang membahayakan kesihatan dan saya mencari Solusi yang Permanant.

Doa orang yang mengharap dan munajat amat PENTING, saya berdoa pada Hari Arafah untuk mendapatkan peluang jadi Sihat, sebab masa itu dah bersedia untuk jadi Doktor Perubatan tidak mahulah nanti saya pulak yang sakit.

"Keputusan Ini Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

 Alhamdulillah saya dapat Rezeki apabila dapat Panggilan dari Rakan Petronas mengesyorkan Herbalife.Saya suka sebab Herbalife ada Kajian Saintifik, Tidak ada kesan sampingan, mudah disediakan dan ada Coach yang memantau. Boleh klik disini untuk baca entri sebelumnya, bagaimana saya bermula.Kalau anda kenal sesiapa yang ingin berubah dan Serius boleh hubungi saya.








Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Air China KLIA - Beijing (PEK) - Incheon Korea (ICN) Jun 2009

Salam Warahmah, Hari ini nak review Flight kami ke Korea, cerita lama tapi tak pernah buat entri , Kami terbang untuk menghadiri Extravaganza APAC Herbalife, 18,000 orang hadir seluruh 13 Negara pada Jun 2009.


 Hampir 30 orang dari Akademi Bina Hidup Luar Biasa Plaza Pantai berlepas ke Korea, semua kecuali saya dan Adik saya Kamaliah menaiki Pesawat Malaysia.Keputusan untuk pergi ke Korea dibuat pada saat akhir cari punya cari jumpalah Penerbangan yang kosong, Air China! hehe cuak juga kali pertama nak naik pesawat ini.

Kami dapat tempat Hadapan, dekat dengan Toilet, kelakar juga bila tengok pintunya sentiasa terbuka tertutup, tak rapat pintunya.Keadaan menjadi tragis apabila ada air toilet keluar sampai ke kawasan kabin, memang tak banyak cuma takut jer kalau tiba tiba jadi bah.Pramugara segera menguruskan keadaan dan ok bagus tenang penerbangaan hari ini.

Kami order MOML sebab ingin pastikan makanan ia Halal untuk di makan.Air China mengambil makanan makan malam dari KLIA jadi semua on board Halal.


 Saya ambil Koey Tiaw Goreng bersama Jumbo Prawn. Ada Salad dan Buah Segar.Rasa Sedap!


Kamaliah ambil Nasi Goreng, ada Udang juga tapi tak nampak sangat.Rasa ok jer tak lah grand apa.

 Selepas 8 Jam penerbangan kami sampai di Beijing Airport. Nampak macam terminal baru, ketika ini ada Pemeriksaan Ketat SARS so kami mujur dapat lepas pemeriksaan.Transit dalam 2 jam so rehat kejap sebelum penerbangan seterusnya ke Incheon Korea


Penerbangan ini sekejap sahaja dalam 1 jam, ada disediakan makanan ringan, saya mohon diberikan MOML, jadi Pramugara datang dan TAMPAL sticker Muslim, saya dah tak yakin sebab tak kan satu flight semuanya HALAL, dan sandwich kami tue sama jer dengan penumpang yang lain.So kami tak makan lah hehe, Dayah kenalah satu flight dah ngap semuanya tak pa kalau yakin go on


Alhamdulillah Sampai Airport Incheon, bersama gambar ini Hidayah dari Terengganu





Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Sabtu, 28 Mac 2015

Satu Suapan Kasih Sayang

Salam warahmah, Hari ini Weekend terakhir sebelum GST di Malaysia, mesti ada yang merancang untuk membeli barang atau ada jemputan makan makan bersama Ahli Keluarga dan Sahabat handai.


Saya ingin kongsi TIPS Ringkas ketika makan bersama Keluarga, Amalkan Suapan Sesudu,kita Suap insan yang kita sayang dan mohon disuap kembali hehehe.. Sambil bersantap dan berhibur sama sama.Cuma cakap nak makan makanan lebih sihat so Suapan dengan kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein dan Senyuman!

Suami Isteri dan Anak Ibu bapa pun boleh lakukan

Gambar di Atas berlaku di Incheon International Airport Korea, Jun 2009

Masa ambil gambar ini di Plaza Pantai, terima kasih Aqila yang bantu jadi Guide kami di Korea



Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Herbalife Independent Member Dr Kamarul 0162090812

Herbalife Coach Dr Kamarul

Dr Kamarul Berjaya Turun 50kg dengan mengamalkan 

Herbalife dan Gaya Hidup Sihat

  Isteri Tercinta Siti Aisyah Turun 16 kg


Sekarang Kami merupakan Coach Pengurusan Berat Badan Herbalife berpengalaman selama 8 tahun.Hubungi kami untuk Analisa Kesihatan, Pengurusan Berat Badan, Pelan Pemakan Sihat Herbalife.

Isi borang disini atau hubungi  Dr Kamarul 0162090812 Siti Aisyah 0192294616

Jumaat, 27 Mac 2015

Egypt Air Business Class KUL - CAI - KRT

Salam Warahmah, Tiba tiba teringat Travel ke Mesir, Saya rasanya dah 4 kali pergi ke Bumi Anbiya ini, Hari ini kebetulan buka balik komputer jumpalah gambar Naik Flight Egyptair.


Trip ini berlaku pada 2007 Sebelum saya menunaikan Haji.Kebetulan balik Sudan dari Malaysia, Harga Tiket ada Promosi Egypt Air, dan Tambah USD 100 dapat Business Class dan 40kg luggage.Saya sebelum ini berniaga Cafe dan Katering di Sudan jadi amat memerlukan bagasi yang banyak untuk bawa stok rempah ratus dan peralatan memasak.

Apakah yang Membuatkan Kita Makan Berlebihan?

Oleh Susan Bowerman, M.S., R.D., C.S.S.D.

 

Ramai daripada kita berfikir kita lebih tahu berapa banyak kita boleh makan. Kita yakin perut kita boleh memberitahu kita apabila kita kenyang, dan selepas kita selesai, kita tahu berapa banyak kita telah dimakan.


Kluang Station Tesco Extra Shah Alam

Salam Warahmah, semalam kami ke Tesco untuk beli barangan keperluan harian, biasanya kami akan makan Subway cuma rasa nak cuba pula kedai lain. 

Kluang Station ini terletak dihadapan Food Court, first time juga rasa dan kebetulan dapat 10 peratus diskaun.

Khamis, 26 Mac 2015

Homemade Soy Hummus

Salam Warahmah, Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsi resepi Hummus variasi berikutnya, biasanya kita makan kacang kuda, hari ini saya dan isteri masak menggunakan kacang soya pula.
Jom tengok langkah ini, ada video sekali ya.


Isnin, 23 Mac 2015

Anjung Kasih Hospital Tuanku Jaafar Seremban

 Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman kami berada di Hospital Seremban, Hospital Tuanku Jaafar.
 
Jumaat lepas Kami baru sahaja kehilangan Makcu kesayangan keluarga, kemalangan di Nilai,
Acu dan anak-anak masih di rawat di Hospital.


Kami mendapat makluman daripada Staff Hospital ada Rumah Transit Anjung Kasih berdekatan.Rumah ini dibina untuk membantu ahli keluarga yang dalam kesusahan bagi mendapatkan rawatan di Hospital, asalnya di bina di Hospital Selayang dan sekarang ada banyak lokasi di bina dan akan di bina lagi.

Kalau dari Hospital Seremban, ada papan tanda menuju ke Kuarters Hospital, lokasinya dalam 600 meter dari Hospital, Rumah ini berdekatan dengan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.




September 02, 2013 22:46 PM
Anjung Kasih Bakal Ditambah Sebelum Hujung Tahun - Rohani Karim
MIRI, 2 Sept (Bernama) -- Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang menjadi penginapan sementara keluarga pesakit di hospital terpilih di negara ini, akan ditambah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata lima Anjung Kasih YKN bakal dibuka tidak lama lagi iaitu Kuching dan Sibu di Sarawak; Temerloh, Pahang; Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak.

"Anjung Kasih yang terbesar di negara ini terletak di Kuching dan akan dibuka tidak lama lagi," katanya semasa merasmikan Anjung Kasih Miri, yang pertama di negeri ini, hari ini.

Beliau berkata Anjung Kasih YKN Sibu dan Seremban dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini dan beroperasi pada awal Oktober depan manakala Temerloh dan Ipoh masing-masing dijangka beroperasi pada November dan Disember tahun ini.

Katanya, dua Anjung Kasih YKN yang dibuka di Semenanjung sejak 2006 mendapat reaksi positif keluarga pesakit.

Rohani berkata Anjung Kasih YKN pertama ialah di Hospital Selayang yang beroperasi sejak 2006 diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang yang dibuka pada 2009.

Beliau berkata kemudahan Anjung Kasih YKN mampu mengurangkan perbelanjaan harian yang dianggar RM80 hingga RM100 sehari jika menginap di hotel atau rumah tumpangan berbayar.

-- BERNAMA


Kalau anda kenal sesiapa yang memerlukan Rumah Singgahan semasa membantu keluarga di Hospital, cuba rujuk kepada Rumah Anjung Kasih, Bayaran amat minima, dan ada kalanya diberikan percuma sahaja.Satu unit ada 2 bilik, ruang tamu dan ruang makan.Kita hanya diminta menjaga kebersihan dan buang sampah dengan betul.

Setakat entri ini ditulis, boleh Telefon Warden yang bertugas 019-8320354 dan boleh buat tempahan kalau masih kosong lagi.

http://www.yknm.org/

Semoga Allah cepat menyembuhkan, Semoga Allah berikan Kekuatan kepada Kita Semua


Hubungi saya untuk Program Pengurusan Berat Badan, Sarapan Sihat dan Rendah GI
Dr Kamarul 0162090812 
Herbalife Independent Member

Homemade Fava Beans Ala Latino

Salam Warahmah, Semoga sihat ceria dan gembira setiap hari.


Hari ini saya ingin kongsikan Menu yang saya buat awal tahun baru-baru ini.Menu ini menggunakan Protein dari Kacang Parang, Fava Beans atau kalau di Negara Arab dipanggil Foul Misri.Kalau semasa di Negara Arab saya biasa lihat Masyarakat Tempatan akan mengambilnya sebagai Sarapan Pagi, Sumber Protein Tumbuh-tumbuhan lebih sihat berbanding kebanyakan menu di Malaysia yang penuh karbohidrat pada waktu pagi.

Rabu, 18 Mac 2015

Homemade Baked Spaghetti With Chicken Lentils

 

Salam Warahmah, hari ini saya ingin kongsikan menu seterusnya.Saya dan Isteri tercinta memang suka masak makanan yang simple dan cepat disediakan, pakai oven atau pemanggang ajaib pun boleh.Ramai yang tanya butiran lengkap resepi kami, maaf ya saya jenis agak agak jer sukatannya hehehe tak reti nak tulis berapa gm setiap bahan.Insya Allah ilmu ini saya nak belajar lagi.

Selasa, 17 Mac 2015

Homemade Hummus Kacang Kuda

Salam Warahmah Semua, Hari ini saya ingin kongsikan Snek Sihat yang saya suka makan sebagai pengganti minum petang kebiasaan kita.Makanan ini berasal dari Timur Tengah dan saya masa belajar dahulu memang suka makan, mereka ambil untuk Sarapan pagi dan juga sebagai Pembuka Selera (Mezze)


Isnin, 16 Mac 2015

Homemade Oven Baked Chicken

Salam Warahmah. Menu hari ini dimasak oleh Isteri Tercinta, Siti Aisyah.

Cara menyediakan

First Time Daki Bukit Broga


 

Salam Warahmah, Saya kali pertama dapat peluang mendaki Bukit Broga, paling akhir saya menyertai pendakian adalah pada 2007 menaiki Tursina dan juga ada sekali mendaki Bukit Brincang Cameron Highland 2010

Jumaat, 13 Mac 2015

10 Personaliti Manusia

Salam Warahmah, Hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin kongsi 10 Personalti Manusia yang saya belajar dari Akademi Pembangunan Diri.Kalau orang yang bekerja, berniaga dan juga hidup dalam komuniti biasanya akan hadapi situasi krisis personaliti disebabkan perbezaan sifat individu.Ok boleh baca entri ini untuk panduan
 


1)Knows Everything
Tahu Segala-galanya



Selasa, 10 Mac 2015

Homemade Grill Chicken With Snow Peas Tofu

Salam Warahmah Semua.. Cuti Sekolah tidak lama lagi, mungkin ada ahli keluarga dan sahabat akan ziarah di rumah kita, apa kata kita hidangkan menu yang lebih sihat semampu kita.

 

Isnin, 2 Mac 2015

China Imam Qin Restaurant, Mee Tarik Shah Alam Review

Salam Warahmah, Hari ini saya ingin kongi pengalaman kami makan tengahari di Restoran Baru di Seksyen 7, Shah Alam.
 
Saya dan keluarga memang suka mencari peluang untuk menikmati juadah komuniti Islam dari Tanah Besar China, sebelum ini pernah merasai Dim Sum Halal di Hong Kong, dan Steamboat di Beijing.   
Lokasi Restoran ini adalah di Pusat Komersil Seksyen 7, Area Jakel dan ia bersempadan dengan Restoran Wong Solo dan Garuda.
 

Ahad, 1 Mac 2015

Kebun Komuniti Seksyen 8


Salam Warahmah, Hari ini saya nak kongsi projek terbaru komuniti Shah Alam, Kebun Komuniti yang dikelolakan oleh MBSA dengan usahasama Penduduk Seksyen 8 Timur.

Pengurusan Berat Badan ? Dr Kamarul 0162090812